awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

72 individu ditahan dalam parti dicemari salah guna dadah di pangsapuri

Bernama
Bernama
31/08/2016
09:22 MYT
72 individu ditahan dalam parti dicemari salah guna dadah di pangsapuri
Menurut Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, parti baru sahaja hendak dimulakan sebelum digagalkan pasukan polis.
Polis menahan 72 individu selepas menyerbu sebuah pangsapuri di Taman Nusa Bestari di sini awal hari ini selepas didapati menganjurkan parti dicemari penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata bertindak atas maklumat, kesemua mereka yang berumur 14 hingga 26 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan di beberapa bilik di pangsapuri itu mulai 2 pagi hingga 4 pagi tadi.
Parti yang mencemari sambutan Hari Kebangsaan ke-59 itu didapati baru sahaja hendak dimulakan sebelum digagalkan pasukan polis, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
"Ujian saringan air kencing kemudian mendapati seramai 35 lelaki termasuk empat lelaki di bawah umur, positif pelbagai jenis dadah.
"Seramai 10 wanita termasuk empat di bawah umur turut didapati positif terhadap pelbagai jenis dadah," katanya.
Wan Ahmad Najmuddin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.
Polis, sehubungan itu, menasihati ibu bapa supaya mengawasi anak masing-masing bagi mengelak daripada terjebak dengan aktiviti tidak bermoral dan terpengaruh dengan gejala dadah, katanya.
Topic Berkaitan
#parti liar
#pesta di pangsapuri
#salah guna dadah
#Taman Nusa Bestari
#Wan Ahmad Najmuddin Mohd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan