awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agenda khianat amanah rakyat: Tindakan mahu selamatkan diri - Saifuddin

Bernama
Bernama
19/10/2019
23:15 MYT
Agenda khianat amanah rakyat: Tindakan mahu selamatkan diri - Saifuddin
Saifuddin (tengah) melawat tapak pameran InvesSmart Fest 2019 di Mid Valley, Kuala Lumpur, 19 Okt, 2019. --fotoBERNAMA
Strategi pihak tertentu yang menyusun perancangan tersembunyi dengan mempunyai agenda tertentu dan mengkhianati amanah rakyat disifatkan hanya mahu menyelamatkan diri dan tidak mencerminkan perjuangan Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata justeru rakyat harus berwaspada dengan usaha pihak tertentu yang hanya ingin menjaga kepentingan politik peribadi semata-mata.
Jelasnya, parti itu mempunyai "circumstantial evidence" (keterangan berdasarkan keadaan) mengenai cubaan 'merampas' kuasa gabungan parti pemerintah sedia ada. PKR adalah anggota komponen PH.
"Kami sudah berbincang mengenai perkara itu dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti telah mengambil pendirian bahawa rakyat harus lihat ada kemungkinan percubaan 'hijack' agenda reformasi yang sudah dijalankan sekian lama.
"Dan kita katakan bahawa usaha ini adalah bertujuan mengembalikan semula politik usang berbanding dengan politik inklusif yang telah dibawa oleh Pakatan Harapan.
"Jadi, kami mengingatkan rakyat (waspada) bahawa mereka yang menggerakkan usaha itu bertujuan menyelamatkan diri daripada pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), di sini pada Sabtu sebagai mengulas kenyataan daripada MPP PKR yang mengingatkan parti berkenaan berwaspada dengan pengkhianatan agenda rakyat.
MPP PKR dalam kenyataan pada Jumaat itu menggesa semua pihak berwaspada dengan mereka yang sedang membuat perancangan tersembunyi serta menyusun agenda tertentu demi untuk kelangsungan politik peribadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agenda
#agenda reformasi
#Amanah
#circumstantial evidence
#hijack
#kepentingan peribadi
#Pakatan Harapan
#parti pemerintah
#pengkhianatan agenda rakyat
#PKR
#politik
#politik inklusif
#rampasan kuasa
#rancangan tersembunyi
#Saifuddin Nasution Ismail
#waspada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan