awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Labuan didakwa esok

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2021
11:37 MYT
Ahli Parlimen Labuan didakwa esok
Perkara itu disahkan Rozman Isli ketika dihubungi Astro AWANI. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur esok.
Perkara itu disahkan Rozman ketika dihubungi Astro AWANI.
"Esok saya ada pertuduhan (SPRM) di mahkamah Kuala Lumpur. Saya akan buat kenyataan media selepas itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai pendakwaan itu.
Katanya, Ahli Parlimen Labuan itu akan didakwa atas pertuduhan salah guna kuasa, mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM hari ini, suruhanjaya itu akan mendakwa seorang ahli parlimen di mahkamah tersebut pada jam sembilan pagi esok.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan nama ahli parlimen itu.
Topic Berkaitan
#Rozman Isli
#salah guna kuasa
#SPRM
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan