awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: 1.5 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang mulai esok

Astro AWANI
Astro AWANI
18/03/2026
05:59 MYT
Aidilfitri: 1.5 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang mulai esok
Jumlah itu berdasarkan jangkaan Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) melibatkan kenderaan yang melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). - Gambar/ Bernama
Polis menjangkakan 1.5 juta kenderaan akan memasuki Pulau Pinang bersempena cuti sambutan Aidilfitri bermula esok hingga 24 Mac ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata jumlah itu berdasarkan jangkaan Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) melibatkan kenderaan yang melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
“Pada 2024, jumlah kenderaan memasuki negeri ini 1.2 juta manakala tahun lepas 1.35 juta. Tahun ini, kita menjangkakan 1.5 juta akan masuk dan melalui Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 26 Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Juru arah Utara di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Zulkifly Ismail dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Mohamad Shoki Hamzah.
Azizee berkata bagi memastikan kelancaran trafik, 380 pegawai serta anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang ditugaskan 24 jam sepanjang Op Selamat 26 yang dilaksanakan dalam tempoh berkenaan.
Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut bekerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), JPJ, JBPM, St John Ambulans, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta PLUS dalam operasi tersebut.
Mengulas lanjut, Azizee berkata polis turut memberi tumpuan kepada lapan kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot dan blackspot kerap berlaku kemalangan.
Jalan dikenal pasti mempunyai kepadatan kenderaan serta blackspot kemalangan ialan Jalan Teluk Air Tawar ke Jalan Bagan Luar di Seberang Perai Utara (SPU), Jalan Perusahaan Perai ke Jalan Kulim di Seberang Perai Tengah (SPT) serta Jalan Besar Simpang Empat Kilometer 12 hingga Kilometer 32 di Seberang Perai Selatan (SPS).
Di Timur laut pula melibatkan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Jalan Ayer Itam dan Jalan Ayer Itam-Paya Terubung (Timur Laut), Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Dr Awang di Barat Daya serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)/Open Highway.
Selain penguatkuasaan, beliau menasihati orang ramai yang berhasrat meninggalkan kediaman untuk pulang ke kampung supaya memaklumkan kepada polis dengan mendaftar melalui Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi membolehkan pihaknya membuat rondaan.
Beliau memaklumkan berdasarkan statistik dari 2017 hingga tahun lepas, sebanyak 158,000 penduduk Pulau Pinang telah mendaftar di aplikasi tersebut dengan jumlah pendaftaran mencecah 700 orang untuk tahun ini sahaja, setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Selamat 26
#Aidilfitri 2026
#pulau pinang
#kesesakan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan