awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alif Teega, Aisyah Hijanah dijangka dituduh masing-masing 10 kes salah guna dana

Sinar Harian
Sinar Harian
23/09/2024
01:30 MYT
Alif Teega, Aisyah Hijanah dijangka dituduh masing-masing 10 kes salah guna dana
Alif Teega dan Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada jam 8.51 pagi ini difahamkan untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan kes jenayah dipercayai membabitkan isu salah guna dana awam. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pempengaruh, Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.51 pagi ini, difahamkan untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan kes jenayah, dipercayai membabitkan isu salah guna dana awam, baru-baru ini.
Kes Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, dan Aisyah Hijanah Azhari, 26, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi rumah tanga akan didengar di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
Alif yang memakai kemeja biru gelap sementara Aisyah mengenakan jubah berwarna hitam, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang menanti di mahkamah sejak awal pagi.
Pada Jumaat lalu, Alif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infaq iftar di Mekah, Syria dan Palestin serta korban, berjumlah RM63,605.48 pada April serta Jun lalu.
Pada 11 Julai lalu, seorang pempengaruh dan isterinya ditahan reman tujuh hari, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah, bermula 2022 lalu.
Ia susulan, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma, dengan peratusan yang tinggi.
Selain itu, pasangan itu juga dikatakan hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.
Bagaimanapun, pasangan itu tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pempengaruh media sosial
#Alif Teega
#Aisyah Hijanah
#salah guna dana awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan