awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik dijangka meningkat, orang ramai rebut peluang tol percuma berakhir malam ini - KPN

Bernama
Bernama
09/02/2024
13:20 MYT
Aliran trafik dijangka meningkat, orang ramai rebut peluang tol percuma berakhir malam ini - KPN
Razarudin hari ini melakukan tinjauan dari udara menggunakan helikopter PDRM bagi melihat aliran trafik susulan cuti persekolahan yang bermula dan perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut esok. - Gambar Bernama
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan aliran trafik meningkat pada malam ini susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya yang akan berakhir pada 11.59 malam ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain bagaimanapun berkata kesesakan trafik hanya dijangka berlaku di plaza-plaza tol tertentu.
"Kami percaya kebanyakan pengguna jalan raya khususnya masyarakat Cina telah keluar awal untuk menyambut Tahun Baharu Cina, selain pengguna jalan raya yang lain mengambil peluang pemberian tol percuma yang akan tamat pada tengah malam ini.
"Selain itu, tinjauan trafik dari udara juga mendapati kenderaan dari Plaza Tol Gombak ke Bentong, Pahang lancar begitu juga dari Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan, terkawal," katanya.
Razarudin berkata demikian kepada Bernama selepas meninjau aliran trafik dari udara pada hari ini menggunakan helikopter polis di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Sungai Besi susulan cuti persekolahan yang telah bermula dan perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut esok.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata pihaknya juga menugaskan lebih 6,000 anggota trafik bagi mengawal trafik di lebuh raya.
"Kami memang ada menempatkan anggota di lebuh raya dan kita juga ada hotspot dan blackspot kawasan yang kerap berlaku kemalangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#tol percuma
#Tahun Baharu Cina
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan