awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik meningkat di lebuh raya utama

Bernama
Bernama
20/01/2023
14:44 MYT
Aliran trafik meningkat di lebuh raya utama
Aliran trafik di Plaza Tol Gombak menghala ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dilihat lancar dan tiada sebarang kesesakan ketika tinjauan fotoBernama sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina setakat jam 8.45 malam ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 9 malam ini walaupun berlaku pertambahan kenderaan berikutan cuti panjang sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik menuju ke utara perlahan dari Bukit Lanjan ke Sungai Buloh susulan kemalangan di kilometer 456.7 menyebabkan kesesakan satu kilometer.
Selain itu, aliran trafik juga perlahan dari Tapah ke Gopeng di kawasan mendaki Gua Tempurung dan Ipoh Selatan ke Ipoh Utara.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata aliran trafik perlahan di Skudai menuju ke Senai dan Sedenak ke Simpang Renggam.
Selain itu, aliran trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 perlahan di Karak ke Plaza Tol Karak yang menyebabkan kesesakan dua kilometer serta Bentong Timur ke Karak.
Laluan di LPT 2 dan Plaza Tol Sungai Besi pula lancar di kedua-dua arah.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#Tahun Baharu Cina
#lebuh raya
#PLUS Malaysia Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan