awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran banjir kilat dalam tempoh 12 jam dikeluarkan bagi enam negeri

Bernama
Bernama
27/01/2023
10:58 MYT
Amaran banjir kilat dalam tempoh 12 jam dikeluarkan bagi enam negeri
JPS hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam di enam negeri di seluruh negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam di enam negeri di seluruh negara.
Di Perak, kawasan berisiko terjejas ialah daerah Kerian (Mukim Gunong Semanggol, Mukim Beriah serta kawasan sekitarnya) manakala Pahang melibatkan daerah Kuantan (Mukim Sungai Karang serta kawasan sekitarnya).
Di Terengganu, daerah yang berisiko banjir kilat ialah Kuala Terengganu (Mukim Cenering, Mukim Batu Buruk, Mukim Kuala Terengganu serta kawasan sekitarnya) dan daerah Marang (Mukim Bukit Payung serta kawasan sekitarnya), manakala di Kelantan melibatkan daerah Kota Bharu (Mukim Padang Raja, Mukim Tiong, Mukim Tok Ku serta kawasan sekitarnya).
Di Sarawak, membabitkan tiga daerah iaitu Kuching, Samarahan dan Miri, manakala di Sabah melibatkan daerah Tuaran di Pekan Tenghilan, Kampung Berungis serta kawasan sekitarnya.
Menurut kenyataan JPS, notis yang dikeluarkan pada pukul 5 petang tadi itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, bahawa terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRABN
#JPS
#banjir kilat
#amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan