awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMK gesa henti politik isu subsidi petrol, fahami realiti ekonomi global

Bernama
Bernama
29/03/2026
05:22 MYT
AMK gesa henti politik isu subsidi petrol, fahami realiti ekonomi global
Kamil mempersoalkan adakah pihak pembangkang bersedia menanggung beban fiskal sebesar ini tanpa sebarang pembaharuan.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyeru semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu penyelarasan subsidi petrol, tanpa memahami realiti ekonomi global dan kedudukan fiskal negara.
Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim menyifatkan, penyelarasan program subsidi bersasar BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter bukanlah satu pengkhianatan kepada rakyat.
Menurutnya, data penggunaan menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter petrol sebulan mencerminkan sebahagian besar rakyat tidak terjejas.
“(Ia) langkah berani dan bertanggungjawab untuk menutup ruang ketirisan yang selama ini dimanipulasi,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Tambahnya, langkah ini dilihat menyasarkan golongan yang menggunakan petrol secara berlebihan termasuk aktiviti tidak sah seperti penyeludupan dan penggunaan komersial tanpa kawalan.
“Kita tidak boleh terus mempertahankan sistem subsidi pukal yang menguntungkan golongan berpendapatan tinggi dan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Kamil turut menegaskan bahawa langkah ini adalah bersifat sementara dan akan disemak semula apabila keadaan pasaran minyak global kembali stabil.
Tambahnya, kerajaan hari ini masih mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter ketika harga minyak mentah global kekal tinggi sekitar AS$80 hingga AS$90 setong sepanjang 2025 hingga awal 2026.
“Di kebanyakan negara lain, harga petrol tanpa subsidi telah mencecah antara RM8 hingga RM13 seliter, termasuk di negara maju dan serantau,” katanya.
Beliau turut menjelaskan, inflasi global masih berada pada paras sekitar 3 hingga 5 peratus, manakala tekanan kos import terus meningkat susulan ketidaktentuan geopolitik dan rantaian bekalan.
“Adakah pihak pembangkang bersedia menanggung beban fiskal sebesar ini tanpa sebarang pembaharuan?” soal Kamil.
Topic Berkaitan
#Kamil Munim
#AMK
#subsidi
#BUDI95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan