awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar, bekas Ketua Umum Maqari' Mesir bertukar pandangan projek Mushaf Malaysia MADANI

Bernama
Bernama
17/03/2026
13:06 MYT
Anwar, bekas Ketua Umum Maqari' Mesir bertukar pandangan projek Mushaf Malaysia MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Sheikh Dr Ahmad ‘Isa Ma’sarawi yang kini dalam rangka lawatan di Malaysia. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Kemajuan projek penerbitan Mushaf Malaysia MADANI yang dilancarkan semalam antara perkara yang dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas (Ketua Umum) Syeikh Umum Maqari' Mesir, Sheikh Dr Ahmad ‘Isa Ma’sarawi.
Anwar, dalam hantaran di Facebook malam ini, berkata beliau menerima kunjungan hormat Sheikh Dr Ahmad ‘Isa Ma’sarawi yang kini dalam rangka lawatan di Malaysia.

“Sheikh antara lain menzahirkan hasrat beliau untuk memperkenalkan mushaf hasil kerja anak Malaysia ini ke peringkat antarabangsa.

“Sumbangan dan jasa beliau dalam bidang qiraati dan semakan mushaf al-Quran amat dialu-alukan dan Kerajaan MADANI akan terus mendukung ikhtiar yang dilakukan dalam mengangkat kemuliaan dan mesej al-Quran,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata kedua-dua pihak berkongsi keprihatinan tentang perkembangan dunia Islam, khususnya di Asia Barat yang memberikan dampak besar kepada masyarakat global.

-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#bekas ketua umum Maqari Mesir
#Mushaf Malaysia MADANI
#Sheikh Dr Ahmad 'Isa Ma’sarawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan