awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar ucap takziah pemergian pendakwah Rasul Dahri

Bernama
Bernama
19/06/2024
21:45 MYT
Anwar ucap takziah pemergian pendakwah Rasul Dahri
Menurut Mohd Asri, Rasul (gambar) difahamkan meninggal dunia disebabkan keuzuran. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah dari Singapura, Rasul Dahri yang dilaporkan meninggal dunia malam tadi.
Anwar dalam hantaran melalui Facebook semalam berkata Allahyarham merupakan antara alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia (YAA) iaitu sebuah yayasan yang digerakkan pemimpin belia dan mahasiswa pada sekitar 70-an yang diketuai Anwar ketika itu.
"Takziah kepada keluarga pendakwah Ustaz Rasul Dahri yang dikhabarkan telah meninggal dunia. Beliau juga adalah antara alumni di Yayasan Anda suatu ketika dulu.
"Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," kata Perdana Menteri.
Terdahulu, berita pemergian pendakwah itu dimaklumkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu hantaran di Facebook dan difahamkan Rasul meninggal disebabkan keuzuran.
"Menerima khabar kematian Ustaz Rasul Dahri ... sebagai saudara Muslim, saya mendoakan keampunan untuk beliau... kali terakhir saya berjumpa beliau ketika saya di Johor tiga minggu lepas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Rasul Dahri
#pendakwah dari Singapura
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan