awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APAD, Grab diminta bincang isu penurunan kadar tambang

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/01/2023
04:58 MYT
APAD, Grab diminta bincang isu penurunan kadar tambang
Anthony Loke (tengah) bercakap pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan di kawasan Rehat & Rawat Dengkil (Arah Utara). -Astro AWANI
SEPANG: Kementerian Pengangkutan meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapat laporan penuh daripada Grab Malaysia susulan penurunan kadar tambang per kilometer bagi rakan penghantar.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook, berkata penurunan kadar bayaran tersebut adalah langkah komersial yang diambil syarikat perkhidmatan e-hailing itu.
"Itu keputusan komersial (turunkan kadar tambang) Grab. Kita belum ada apa-apa maklumat lagi.
"Saya akan minta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APD) untuk berbincang dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak Grab," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan di kawasan Rehat & Rawat Dengkil (Arah Utara).
Hadir sama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Berkuat kuasa semalam, Grab menaikkan tambang daripada 20 sen kepada 43 sen, manakala tambang sekilometer dikurangkan daripada 70 sen kepada 25 sen.
Menurut Grab, kadar tambang disemak semula untuk memberikan bayaran lebih berbaloi bagi masa diambil untuk melengkapkan perjalanan, dan kurang bagi jarak perjalanan.
Bagaimanapun, pemandu grab meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penurunan tambang sekilometer daripada 70 sen kepada 25 sen kerana didakwa tidak berbaloi.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#APAD
#e-hailing
#penurunan kadar tambang per kilometer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan