awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AUKUS: Malaysia tidak terima arahan China - Hishammuddin

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
25/09/2021
11:29 MYT
AUKUS: Malaysia tidak terima arahan China - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kenyataan Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa kerajaan seolah-olah menerima arahan daripada China adalah tidak berasas. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Negara tidak menerima arahan daripada China berhubung pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai AUKUS.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kenyataan Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa kerajaan seolah-olah menerima arahan daripada China adalah tidak berasas.
Katanya, Malaysia sebaliknya hanya berhasrat mendapatkan pandangan dan maklum balas kuasa besar itu.
"Bukan dengar arahan China, tapi kita mahu tahu pandangan China dan tindakan mereka berhubung AUKUS ini. Ini supaya kita di rantau ini, termasuk negara ASEAN lain boleh ambil tindakan proaktif.
"Kelebihan Malaysia ialah kita baik dengan dua pihak, kalau ada yang cuba lagakan, kita konsisten sejak dulu lagi. Kita neutral dan hormati (mereka).
"(Bagaimanapun) kemesraan kita dengan negara berkenaan tidak bermakna kita akan kompromi kedudukan dan kedaulatan negara kita," katanya.
AUKUS | PH persoal tujuan Hishammuddin mahu pandangan China
BACA: Dewan Rakyat: Malaysia cadang dapatkan pandangan China mengenai AUKUS - Hishammuddin
BACA: AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu Kem PULADA di Ulu Tiram dekat sini, hari ini.
Terdahulu, Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan (JKPH), berkata cadangan Hishammuddin pada Rabu untuk mendapatkan pandangan China telah menimbulkan persepsi terhadap pendirian Malaysia.
Tindakan itu disifatkan menimbulkan persepsi seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.
Rabu lalu, Hishammuddin dilaporkan berkata, Malaysia akan mendapatkan pandangan daripada China, khususnya dalam aspek pertahanan berhubung pembentukan AUKUS.
Katanya, sehubungan itu beliau akan mengadakan lawatan kerja ke negara itu dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#AUKUS
#Malaysia
#China
#Hishammuddin Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan