awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IGB Berhad terima kelulusan Kementerian Ekonomi bagi pengambilalihan dua lot tanah bernilai RM215 juta di Johor
Warga emas maut tertimbus tanah runtuh di belakang hotel Sandakan
Thailand arah penjawat awam bekerja dari rumah bagi kurangkan penggunaan tenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia kerah aset ketenteraan ke Asia Barat bantu pemindahan rakyat

Pia Ernadya
Pia Ernadya
05/03/2026
09:13 MYT
Australia kerah aset ketenteraan ke Asia Barat bantu pemindahan rakyat
Albanese (foto) berkata kerajaan turut menghantar enam pasukan tindak balas krisis ke rantau berkenaan bagi menyelaraskan urusan pemindahan rakyat. -Gambar fail
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, mengesahkan beberapa aset ketenteraan telah dikerah ke Asia Barat sebagai sebahagian pelan luar jangka bagi menghadapi perkembangan konflik yang semakin meruncing di rantau itu, susulan serangan udara Amerika Syarikat–Israel ke atas Iran yang mencetuskan peperangan serantau.
Berucap di Parlimen Australia, Albanese berkata kerajaan turut menghantar enam pasukan tindak balas krisis ke rantau berkenaan bagi menyelaraskan urusan pemindahan rakyat.
“Kita telah mengerahkan aset ketenteraan sebagai sebahagian daripada perancangan luar jangka awal minggu ini.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Australia yang sanggup memasuki situasi berbahaya demi membantu rakan senegara mereka,” katanya.
Walaupun beliau tidak memperincikan jenis aset yang dihantar, laporan media tempatan menyebut ia melibatkan beberapa pesawat pengangkut, dengan anggaran sekitar 115,000 warga Australia kini berada di rantau Asia Barat.
Dalam perkembangan berkaitan, New Zealand turut mengerahkan dua pesawat tentera ke Asia Barat pada Khamis bagi bersiap sedia menjalankan operasi pemindahan warganya, selaras tindakan negara-negara lain yang mula mengatur langkah keselamatan dan evakuasi.
Topic Berkaitan
#Australia
#Anthony Albanese
#Asia Barat
#operation epic fury
#pemindahan rakyat
#pesawat tentera
#New Zealand
#konflik Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan