awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Austria tolak permohonan AS guna ruang udara bagi operasi ketenteraan terhadap Iran

Bernama
Bernama
02/04/2026
17:04 MYT
Austria tolak permohonan AS guna ruang udara bagi operasi ketenteraan terhadap Iran
AS dan Israel telah mengekalkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang. - Foto fail/REUTERS
Austria menolak permohonan Amerika Syarikat (AS) untuk menggunakan ruang udaranya bagi operasi ketenteraan terhadap Iran, dengan alasan ia mengamalkan undang-undang berkecuali, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.
Jurucakap Kementerian Pertahanan pada Khamis mengesahkan terdapat "beberapa" permintaan daripada Washington, namun tidak menyatakan jumlahnya, lapor penyiar awam Austria, ORF.
Jurucakap itu menambah bahawa setiap kes akan dinilai secara individu dengan penyelarasan bersama Kementerian Luar Austria.
Austria yang mengekalkan dasar berkecuali dalam ketenteraan sejak sekian lama, tidak mengenakan larangan menyeluruh terhadap penerbangan AS, sebaliknya menyemak setiap permohonan mengikut kes, menurut kementerian berkenaan.
Awal minggu ini, Sepanyol dilaporkan telah menutup ruang udaranya kepada penerbangan ketenteraan yang berkaitan dengan konflik itu, manakala Itali menolak permintaan pesawat AS untuk mendarat di sebuah pangkalan di Sicily.
AS dan Israel telah mengekalkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Tertinggi ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Tehran telah bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS. Konflik itu turut menyebabkan kematian dan kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global serta penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#austria
#ruang udara
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan