awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azalina hantar notis cadangan usul RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2021
08:36 MYT
Azalina hantar notis cadangan usul RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021
Sebelum ini, Azalina berkata bahawa RUU tersebut diharap menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan pilihan raya pecat atau 'recall election' di sidang Parlimen bulan ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said telah menghantar notis cadangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat semalam.
Jelas Azalina menerusi Twitter, usul tersebut selari dengan inisiatif mencegah amalan lompat parti yang diusahakan kerajaan ketika ini.
“Usul ini adalah selari dengan inisiatif ‘antilompat parti’ yang kerajaan sedang usahakan dan secara tidak langsung mewujudkan kebersamaan dengan semangat ‘Keluarga Malaysia’,” ujarnya.
Pilihan raya pecat | Pelaksanaan Ruu Pemecatan Ahli Parlimen 2021
Semalam saya telah menghantar Notis cadangan Usul RUU PEMECATAN AHLI PARLIMEN 2021 kepada YDP Dewan Rakyat. Usul ini adalah selari dgn inisiatif Anti Lompat Parti yg Kerajaan sedang usahakan dan secara tidak langsung mewujudkan kebersamaan dengan semangat Keluarga Malaysia pic.twitter.com/6gq2XrgQCs
— Azalina Othman Said (@AzalinaOthmanS) September 2, 2021
Sebelum ini, Azalina berkata bahawa RUU tersebut diharap menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan pilihan raya pecat atau ‘recall election’ pada sidang Parlimen bulan ini.
Menurut beliau, ‘recall election’ adalah mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya seseorang itu melompat parti.
BACA: Azalina mahu hantar RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021
BACA: Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Dengan ini, ia membolehkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan tersebut untuk membolehkan rakyat memilih wakil rakyat yang baharu.
Di samping itu, katanya, beliau juga berhasrat untuk mencadangkan penubuhan 'Kaukus Reformasi Parlimen dan Demokrasi Pelbagai Parti' di antara Ahli-ahli Parlimen yang berminat.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Recall Election
#RUU pemecatan ahli parlimen
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan