awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Bagaimana nak beri notis jika gangguan berlaku secara tak dijangka?" - Anthony Loke

Astro AWANI
Astro AWANI
23/02/2026
02:57 MYT
"Bagaimana nak beri notis jika gangguan berlaku secara tak dijangka?" - Anthony Loke
Anthony Loke berkata pada tahun 2022, sebanyak lebih 220 insiden gangguan direkodkan, namun jumlah itu menurun kepada kurang daripada 50 kes pada tahun lalu. - Foto fail
Kementerian Pengangkutan menegaskan bahawa kekerapan gangguan perkhidmatan tren Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menunjukkan penurunan mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus menangkis dakwaan kononnya tiada penambahbaikan dilakukan.
Menterinya, Anthony Loke berkata berdasarkan data rasmi yang direkodkan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), jumlah insiden gangguan telah menurun secara signifikan dalam tempoh 2022 hingga 2025.
Jelas beliau, pada tahun 2022, sebanyak lebih 220 insiden gangguan direkodkan, namun jumlah itu menurun kepada kurang daripada 50 kes pada tahun lalu.
"Memang ada penambahbaikan berterusan, dan ini menunjukkan bahawa langkah mitigasi yang diambil oleh pihak Prasarana untuk memastikan penyelenggaraan ini dibuat dengan lebih baik, dan ia telah pun membuahkan hasil.
"Namun begitu, kita tahu (pengguna) belum berpuas hati dan kita (kementerian) pun belum berpuas hati. Untuk mengatakan bahawa tidak ada penambahbaikan langsung, itu satu kenyataan yang tidak adil," katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat menjawab soalan tambahan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai sejauhmana keberkesanan program penyelenggaraan program sedia ada dalam mengurangkan insiden kegagalan aset secara drastik dan tempoh pemulihan yang ditetapkan oleh kementerian, jika berlaku gangguan-gangguan luar jangka.
Mengulas lanjut, Anthony berkata kementerian telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang jelas kepada Prasarana bagi memastikan gangguan diminimumkan.
Mengulas isu notis awal gangguan, beliau menjelaskan bahawa tidak semua gangguan dapat dimaklumkan lebih awal kerana kebanyakannya melibatkan masalah teknikal atau sistem isyarat yang berlaku secara tiba-tiba.
"Bagaimana hendak beri notis jika gangguan berlaku secara tidak dijangka? Ini bukan gangguan biasa yang dirancang. Jika ia melibatkan penyelenggaraan berkala atau perubahan waktu operasi, notis awal memang akan diberikan kepada orang ramai," katanya.
Dalam pada itu menjawab soalan asal Syahredzan Johan (PH-Bangi), Anthony berkata Rapid Rail juga melanjutkan tempoh waktu puncak sepanjang bulan Ramadan bagi menampung perubahan corak perjalanan pengguna.
Bagi Ramadan, waktu puncak sebelah pagi akan dipanjangkan bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi, berbanding 7 pagi hingga 9.30 pagi pada bulan biasa.
Manakala waktu puncak sebelah petang pula dipanjangkan dari jam 4 petang hingga 8 malam, berbanding 5 petang hingga 7.30 malam pada bulan-bulan lain, ujarnya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pengangkutan
#gangguan tren
#perkhidmatan tren
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan