awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Anak selamatkan ibu hidap asma guna tangki air

Bernama
Bernama
27/11/2024
22:15 MYT
Banjir: Anak selamatkan ibu hidap asma guna tangki air
Seorang anak mengangkut ibunya yang menghidap asma dengan tangki air selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir di Kampung Sri Kulim, Melor, Kota Bharu, pada Rabu.
KOTA BHARU: Kasih seorang anak mendorong seorang pemuda berikhtiar mencari tangki air polietilena untuk digunakan mengangkut ibunya yang menghidap asma selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir di Kampung Sri Kulim, Melor, di sini, pada Rabu.
Mohammad Shaher Rahalim, 33, berkata, bersama beberapa rakan, dia mengambil inisiatif mencari tangki air bagi mengangkut keluar ibu, Rosliza Ibrahim, 58, yang kesejukan akibat rumah mereka dimasuki air sedalam dua meter.
"Ibu menghidap asma sejak 20 tahun lepas dan dia tidak boleh berada dalam keadaan kedinginan.
"Saya berusaha menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bot penyelamat namun selepas menunggu lebih dua jam dan melihat keadaan ibu semakin serius, saya serta rakan mencari ikhtiar bagi membawanya keluar," katanya kepada Bernama.
Anak sulung itu berkata, sebaik diselamatkan dan berjumpa semula dengan adik, Nur Shasabila, 26, mereka menunggu pula bapa, Rahalim Ismail, 61, yang dibawa keluar dengan bot penyelamat Jabatan Pertahanan Awam.
Mohamad Shaher berkata, walaupun ibu bapanya sudah dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, mereka masih tidak dapat mendaftar kerana jumlah mangsa banjir sudah terlalu ramai di PPS tersebut.
"Kami kemudian memutuskan untuk membawa ibu bapa ke rumah saya di Kampung Alor Bakat bagi membolehkan mereka berehat dengan lebih selesa dan kesihatan terjaga," katanya.
Dia juga bercadang untuk mendaftarkan ibu bapanya di mana-mana PPS berdekatan hari ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#anak selamatkan ibu
#hidap asma
#tangki air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan