awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: Jumlah mangsa di 4 daerah meningkat, lebih 160 keluarga dipindahkan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/11/2021
01:50 MYT
Banjir Kedah: Jumlah mangsa di 4 daerah meningkat, lebih 160 keluarga dipindahkan
Jumlah mangsa banjir di negeri Kedah yang dipindahkan ke 10 PPS di empat daerah meningkat kepada 546 orang daripada 160 keluarga. -APM
ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri Kedah terus meningkat kepada 546 orang dari 160 keluarga yang dipindahkan ke 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah iaitu Pendang, Kota Setar, Baling dan Pokok Sena.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di daerah Kota Setar menunjukkan pertambahan seramai 46 mangsa dari 11 keluarga berbanding 20 mangsa dari enam keluarga yang dilaporkan jam 8 malam tadi.
Beliau berkata, selain itu, mangsa banjir di Pendang yang dipindahkan ke PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah turut bertambah kepada 199 mangsa dari 51 keluarga, berbanding 188 mangsa dari 49 keluarga yang dilaporkan semalam.
Ia susulan peningkatan paras air di Sungai Pendang yang mencecah 3.03 meter akibat hujan lebat Sabtu lalu.
"PPS Surau Permatang di Pokok Sena kekal 22 mangsa dari lapan keluarga manakala PPS Masjid Sungai Durian di daerah itu ditutup sepenuhnya semalam selepas semua mangsa yang ditempatkan di masjid itu dibenarkan pulang.
"Di Baling, tujuh PPS masih aktif iaitu SK Tanjung Pari menempatkan seramai 24 mangsa dari lapan keluarga, PPS SK Siong (21 mangsa dari lapan keluarga), PPS Banggol Deram (46 mangsa dari 10 keluarga) dan SK Titi Gantung (14 mangsa dari 4 mangsa)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohd Muaz berkata, PPS Tengku Putera di daerah itu juga mencatatkan jumlah mangsa seramai 26 orang dari lapan keluarga, SK Pulai seramai 124 dari 42 keluarga dan PPS Keda seramai 24 mangsa dari 10 keluarga.
Beliau berkata, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Baling kekal 279 orang daripada 90 keluarga.
"Anggota APM di seluruh kawasan yang terjejas banjir di negeri ini sedang melakukan pemantauan paras air bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan memindahkan mereka jika perlu," katanya.
Topic Berkaitan
#banjir
#JBPM
#Kedah
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan