awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, pegawai ditempat di JPN Perlis
Anak Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta
NIMP 2030 pacu daya tahan bekalan ubat depani cabaran global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sipitang: 195 penduduk berlindung di dua PPS pagi ini

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/02/2026
01:22 MYT
Banjir Sipitang: 195 penduduk berlindung di dua PPS pagi ini
Sebanyak 195 orang daripada 93 keluarga yang terjejas banjir di Sipitang kini berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS), pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 91 orang daripada 43 keluarga yang direkodkan semalam.
"Kesemua mangsa itu merupakan penduduk dari 14 kampung di Sipitang yang terjejas akibat banjir," menurut kenyataan itu.
PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berempah menempatkan 93 orang daripada 45 keluarga, manakala 102 orang daripada 48 keluarga berlindung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berampah.
Hujan lebat sejak petang Selasa menyebabkan kenaikan paras air Sungai Mengalong seterusnya mengakibatkan banjir di kawasan kampung berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sipitang
#banjir
#PPS
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan