awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sri Muda: Hampir 200 haiwan peliharaan berjaya diselamatkan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
23/12/2021
09:51 MYT
Banjir Sri Muda: Hampir 200 haiwan peliharaan berjaya diselamatkan
Hampir 200 ekor haiwan peliharaan berjaya diselamatkan susulan tragedi banjir di Sri Muda, Shah Alam. - Astro AWANI
SHAH ALAM: Hampir 200 ekor haiwan peliharaan berjaya diselamatkan susulan tragedi banjir di Sri Muda, Shah Alam.
Menurut Exco Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal, kesemua haiwan berkenaan mengalami pelbagai kecederaan.
"Ada yang patah kaki, cirit birit, muntah-muntah, luka dalam, termasuk yang mempunyai penyakit dalaman.
"Kita sediakan rawatan asas secara percuma, Alhamdulillah, ada juga pihak awam yang turut hulurkan sumbangan," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Khamis.
Katanya lagi, kebanyakan haiwan yang dihantar itu mempunyai pemilik dan akan dibawa pulang semula sebaik sahaja selesai menjalani rawatan.
Ujar Dr Farina, operasi menyelamat bukan hanya dilakukan oleh pasukan veterinar malah turut dibantu dengan kerjasama orang awam.
"Ada yang sanggup meredah banjir sambil membawa haiwan yang diselamatkan, mereka balut dengan tuala.
Exco Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal
Exco Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal.
Pusat veterinar berkenaan telah beroperasi selama tiga hari bermula Selasa dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang awam.
Insiden banjir di Sri Muda mengakibatkan sebahagian besar kawasan kediaman ditenggelami air akibat cuaca hujan yang beterusan selama beberapa hari.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir Selangor: Angka korban mencecah 24 orang - MB
Bagaimanapun, keadaan di kawasan terjejas kini difahamkan telah mula surut dan tumpuan kini diberikan terhadap kerja-kerja pembersihan.
Topic Berkaitan
#banjir sri muda
#banjir
#bencana banjir
#shah alam
#haiwan
#Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia
#Dr Farina Mustaffa Kamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan