awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Tiga pejabat LHDN di Kedah ditutup sementara

Bernama
Bernama
01/12/2024
07:15 MYT
Banjir: Tiga pejabat LHDN di Kedah ditutup sementara
Pejabat LHDN tersebut hanya akan dibuka semula setelah keadaan kembali pulih serta selamat dan mendapat kebenaran daripada pihak berwajib. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Tiga pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kedah ditutup sementara mulai hari ini, berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di kawasan terlibat.
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga pejabat itu ialah pejabat LHDN di Alor Setar dan UTC Alor Setar, serta pejabat satelit di Kubang Pasu.
"Pejabat LHDN tersebut hanya akan dibuka semula setelah keadaan kembali pulih serta selamat dan mendapat kebenaran daripada pihak berwajib," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, kenyataan memaklumkan beberapa pejabat LHDN di Kelantan, iaitu pejabat LHDN di Kota Bharu, serta Pejabat Satelit LHDN di Pasir Puteh dan Kuala Krai, yang ditutup sebelum ini berikutan bencana banjir, telah mula beroperasi semula hari ini.
LHDN dalam pada itu menyatakan dalam tempoh keadaan cuaca yang tidak menentu dan situasi banjir yang merbahaya, orang ramai disarankan untuk melakukan urusan berkaitan LHDN secara dalam talian menerusi portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my.
"Justeru, LHDN ingin menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir agar membuat persediaan awal, sentiasa berhati-hati serta menjaga keselamatan dan mematuhi arahan pihak yang berwajib dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
LHDN memaklumkan sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh diajukan menerusi talian 03-89111000 / 603-89111000 (luar negara), HASiL Live Chat atau pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#LHDN
#pejabat di Kedah ditutup
#Banjir 2024
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan