awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pegawai Kementerian Pengangkutan didakwa terima suapan

Bernama
Bernama
24/01/2024
10:45 MYT
Bekas pegawai Kementerian Pengangkutan didakwa terima suapan
Bekas penolong setiausaha di Kementerian Pengangkutan Mohd Hafiz Ahmad (dua, kiri) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima suapan wang berjumlah RM2,300, empat tahun lepas. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang bekas penolong setiausaha di Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menerima suapan wang berjumlah RM2,300, empat tahun lepas.
Tertuduh, Mohd Hafiz Ahmad, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz selaku Penolong Setiausaha Gred M44 ketika itu, didakwa menerima wang tersebut menerusi tiga transaksi daripada pengurus komersial Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd, yang diketahui mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.
Bapa empat anak itu didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah cawangan bank di Jalan Ipoh di sini masing-masing pada 20 Feb, 15 April dan 21 Mei 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di bawah Akta 574 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zahariman Keman mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan.
Bagaimanapun, peguam tertuduh, Datuk Hazman Ahmad memohon jaminan sebanyak RM5,000 atas alasan tertuduh penanggung utama keluarga.
Hakim Azura membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah kemudian menetapkan 6 Mac depan bagi sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pengangkutan
#kes rasuah
#pegawai MoT
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan