awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain sepak takraw negara maut langgar pikap berhenti di lorong kecemasan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/03/2026
05:07 MYT
Bekas pemain sepak takraw negara maut langgar pikap berhenti di lorong kecemasan
Mohd Taufik meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kejadian itu. - Gambar/ PDRM
Bekas pemain sepak takraw negara maut selepas motosikalnya melanggar belakang sebuah pikap yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 40.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.13 malam itu, Mohd Taufik M Saad, 41, yang antara lain mengalami kecederaan parah pada kaki kiri meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mohd Taufik yang pernah beraksi untuk skuad negara pada Sukan SEA Laos pada 2009 bekerja sebagai Pembantu Khidmat Awam di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda ADV 160 dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jitra, selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama majikan di sebuah resort di Bertam, Pulau Pinang.
Katanya, pemandu pikap tersebut pula dalam perjalanan ke Tunjang, Jitra sebelum berhenti di lorong kecemasan bagi mengetatkan tali yang diikat pada tangki air di belakang kenderaan.
“Selepas itu, datang sebuah motosikal yang kemudian melanggar bahagian belakang sebelah kanan pikap dengan impak perlanggaran tersebut menyebabkan penunggang motosikal terbabit melambung serta terjatuh di tengah jalan.
“Pemandu pikap yang merupakan pelajar lelaki sebuah kolej kemahiran berusia 20 tahun mengalami kecederaan patah tangan kiri.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#bekas pemain takraw negara
#Mohd Taufik M Saad
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan