awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: RM300 juta diperuntuk untuk usahawan mikro wanita dan belia

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
24/02/2023
09:08 MYT
Belanjawan 2023: RM300 juta diperuntuk untuk usahawan mikro wanita dan belia
Usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia, Bank Simpanan Nasional dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan itu termasuk peruntukan RM300 juta yang dikhaskan bagi menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia.
"BSN menyediakan lebih RM1 bilion dengan tumpuan kepada PKS Mikro dan penjaja. Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) juga menyediakan RM330 juta termasuk RM10 juta untuk membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan.
"Mereka diberi modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Belanjawan 2023, di Dewan Rakyat, di sini, pada Jumaat.
Ikuti pembentangan Belanjawan 2023 di sini
Dalam pada itu, kerajaan juga, jelas Anwar, bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing.
Bagi perniagaan kecil dan sederhana (SME) pula, katanya, hampir RM10 bilion dana pinjaman disediakan oleh BNM yang antara lain bagi meringankan beban kewangan PKS dan menyokong pengembangan perniagaan.
"Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) sedia menjamin sehingga RM20 bilion pinjaman PKS dengan sektor tumpuan seperti teknologi tinggi, pertanian dan pembuatan diberi jaminan Kerajaan sehingga 90 peratus.
"Jaminan juga diperluas kepada pembiayaan oleh institusi kewangan bukan perbankan seperti syarikat pajakan kredit dan koperasi supaya dapat memberi manfaat khusus kepada penjaja kecil," ujar Perdana Menteri lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2023
#usahawan
#PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan