awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biodiesel berpotensi sebagai sumber alternatif hadapi krisis tenaga global

Astro AWANI
Astro AWANI
14/04/2026
09:28 MYT
Biodiesel berpotensi sebagai sumber alternatif hadapi krisis tenaga global
Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan adunan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan, menggunakan infrastruktur pengadunan sedia ada. - Gambar Bernama
Biodiesel berpotensi sebagai sumber bahan api alternatif yang praktikal bagi menangani cabaran krisis tenaga global.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, biodiesel dilihat lebih praktikal pada masa ini kerana ia boleh terus digunakan dalam sistem diesel sedia ada khususnya bagi sektor pengangkutan, logistik, pertanian dan perkhidmatan.
“Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada hari ini pada dasarnya telah bersetuju bahawa biodiesel merupakan salah satu sumber biobahan api alternatif dan pilihan yang paling praktikal dan paling sedia untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
“Kerajaan perlu memilih langkah yang boleh digerakkan segera, memberi kesan langsung dan berpaksikan keupayaan domestik sedia ada,” beliau berkata demikian dalam Taklimat Krisis Tenaga Global pada Selasa.
Beliau menjelaskan, data semasa menunjukkan negara berada pada kedudukan yang membolehkan pelaksanaan dipercepatkan apabila pengeluaran biodiesel Malaysia pada tahun 2025 berjumlah 975,207 tan metrik, berbanding kapasiti pengeluaran sebanyak 2.36 juta tan metrik.
Menurut beliau, situasi itu menunjukkan asas industri, rantaian bekalan dan keupayaan campuran sudah tersedia, sekali gus hanya perlu diperkukuh secara tersusun bagi memberi manfaat lebih besar kepada negara.
Dalam masa sama, Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan adunan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan, menggunakan infrastruktur pengadunan sedia ada.
“Pelaksanaan B10 yang sedang berjalan membuktikan asas pelaksanaannya telah wujud,” ujarnya
Beliau berkata, kerajaan berpandangan penggunaan biodiesel dapat memanjangkan lagi ketersediaan bekalan diesel negara, disokong pelan mitigasi biobahan api, naik taraf depo B20 dan B30 secara berfasa di bawah RMK-13, serta persediaan ke arah mandat B30 bagi sektor pengangkutan komersial dan awam.
Beliau menambah, kerajaan akan mengadakan libat urus bersama pihak Oil Industry Technical Committee (OITC) bagi memastikan pelaksanaan dasar itu berjalan lancar.
Topic Berkaitan
#biodiesel
#krisis tenaga
#bahan api alternatif
#b15
#MTEN
#akmal nasrullah
#ekonomi malaysia
#pengangkutan
#logistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan