awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM akan bayar dividen RM5 bilion kepada kerajaan, jumlah aset RM602.22 bilion

Astro AWANI
Astro AWANI
31/03/2026
02:08 MYT
BNM akan bayar dividen RM5 bilion kepada kerajaan, jumlah aset RM602.22 bilion
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, BNM mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM12.45 bilion (2024: RM13.16 bilion), susulan jumlah pendapatan sebanyak RM14.35 bilion (2024: RM14.98 bilion), setelah ditolak kos yang berkaitan dengan pengurusan po
Bank Negara Malaysia (BNM) akan membayar dividen sebanyak RM5 bilion kepada kerajaan bagi 2025.
Jumlah aset pada 31 Dis, 2025 berada pada RM602.22 bilion berbanding RM621.54 bilion pada tahun sebelumnya, yang sebahagian besarnya mencerminkan kesan penukaran mata wang susulan pengukuhan ringgit.
Rizab antarabangsa terus menyumbang sebahagian besar kepada aset BNM, sebanyak RM509.79 bilion (2024: RM520.13 bilion).
“Liabiliti BNM terdiri terutama daripada mata wang dalam edaran (2025: RM177.75 bilion; 2024: RM170.72 bilion) dan deposit oleh institusi kewangan (2025: RM118.06 bilion; 2024: RM131.92 bilion),” menurut BNM dalam Laporan Tahunan 2025 yang dikeluarkan hari ini.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, BNM mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM12.45 bilion (2024: RM13.16 bilion), susulan jumlah pendapatan sebanyak RM14.35 bilion (2024: RM14.98 bilion), setelah ditolak kos yang berkaitan dengan pengurusan portfolio rizab dan operasi monetari.
Pada 2025, BNM membelanjakan RM1.86 bilion untuk mengurus organisasi.
Daripada keuntungan bersih sebanyak RM12.45 bilion, sebanyak RM7.45 bilion (2024: RM7.91 bilion) akan dipindahkan kepada Rizab Risiko, yang berjumlah RM155.31 bilion pada akhir 2025 (2024: RM147.90 bilion).
“Memandangkan 85 peratus daripada aset BNM adalah dalam denominasi mata wang asing, penting bagi BNM untuk membina Rizab Risiko yang mencukupi.
“Ini membolehkan BNM menampan volatiliti pasaran kewangan serta turun naik kadar pertukaran aset mata wang asing,” jelas BNM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BNM
#laporan tahunan 2025
#dividen Untung Bersih
#bank pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan