awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak lima tahun lemas tergelincir dalam sungai di Tumpat

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
20/09/2018
01:37 MYT
Budak lima tahun lemas tergelincir dalam sungai di Tumpat
Mangsa Nurawatif Damia Abdullah lemas selepas jatuh ke dalam sungai di jeti Kampung Pulau Beluru, lewat malam tadi. -Astro AWANI
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan lemas selepas jatuh ke dalam sungai di jeti Kampung Pulau Beluru, lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata dalam kejadian sekitar jam 11.30 malam tadi, mangsa Nurawatif Damia Abdullah bersama dua lagi abangnya berusia 25 dan 11 tahun menaiki bot untuk menghantar bapa mereka ke jeti Kok Majid.
“Selepas pulang dan tiba di jeti SK Beluru sekitar jam 11.30 malam tadi, salah seorang abang mangsa turun ke rakit untuk membuang air kecil.
"Abangnya mengikat tali bot dan meninggalkan dua adiknya yang masih berada dalam bot berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.
Selepas selesai membuang air kecil, abangnya datang semula ke bot untuk mengambil dua adiknya naik ke jeti.
“Bagaimanapun, abang mangsa yang berusia 11 tahun memaklumkan yang adiknya telah tergelincir dan jatuh ke dalam sungai” katanya.
“Abang mangsa terjun ke sungai dan mencari adiknya, namun gagal, seterusnya memaklumkan kepada orang kampung dan meminta bantuan bomba,” tambahnya.
Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Tumpat, orang kampung dan nelayan seterusnya melakukan operasi pencarian bermula jam 12 tengah malam tadi dan berjaya menemukan mangsa sekitar jam 4 pagi tadi 10 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat pagi ini.
Topic Berkaitan
#Ab Rashid Mat Daud
#elayan
#jeti
#jeti Kok Majid
#Kanak-kanak
#lemas
#nelayan
#SK Beluru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan