awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak perempuan enam tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai di Bintulu

Bernama
Bernama
18/09/2024
16:09 MYT
Budak perempuan enam tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai di Bintulu
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahum yang sedang mandi sungai bersama ahli keluarga di Kampung Seberang Pasar Lama Tatau, Bintulu. - Foto Facebook Jiwa Bakti
SIBU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahum yang sedang mandi sungai bersama ahli keluarga di Kampung Seberang Pasar Lama Tatau, Bintulu, kira-kira 159 kilometer dari sini, dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya lewat petang ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dikenali sebagai Cicilia Julan Intik tertumpu di sekitar jeti di tebing sungai.
Menurutnya sebaik sahaja panggilan kejadian diterima pada jam 7.21 malam, enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau telah digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai itu.
"Komander operasi melaporkan kejadian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan mandi di sungai bersama ahli keluarga beliau pada jam 6.30 petang dan kejadian disaksikan oleh datuk mangsa," katanya dalam kenyataan malam ini.
Operasi pencarian mangsa ditangguhkan pada pukul 8.30 malam kerana keadaan cuaca gelap dan faktor keselamatan anggota SAR dan operasi pencarian akan disambung semula pada pagi esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#budak perempuan
#dikhuatiri dibaham buaya
#mandi sungai
#Bintulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan