awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan lagi menteri tetapi Khairy tetap turun padang

Astro Awani
Astro Awani
06/03/2023
15:34 MYT
Bukan lagi menteri tetapi Khairy tetap turun padang
Khairy berkongsikan lawatan beliau ke beberapa kawasan terjejas banjir antaranya di Yong Peng dan Batu Pahat. - Instagram
BATU PAHAT: Tidak mempunyai jawatan dalam mana-mana parti politik bukan penghalang buat bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk turun padang membantu mangsa banjir di Johor.
Ahli Lembaga Pengarah JDT dan Penasihat Belia Johor itu berkongsikan lawatan beliau ke beberapa kawasan terjejas banjir antaranya di Yong Peng dan Batu Pahat.
Melalui perkongsian di Instagram Stories, beliau dilihat bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Hairi Mad Shah; dan ADUN Yong Peng, Ling Tian Soon yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor.
Beliau yang mengenakan jaket sukarelawan Southern Volunteers turut dilihat menyampaikan sumbangan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS).
"Saya bawa ini (menghulurkan kotak) sumbangan daripada TMJ," katanya kepada salah seorang mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Sri Medan.
Bencana banjir melanda Johor sejak Rabu lalu disifatkan antara terburuk pernah dihadapi negeri itu selepas bah besar 2006.
Menurut data terkini, 40,129 mangsa banjir membabitkan 11,210 keluarga ditempatkan di 216 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah terjejas di Johor.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#mangsa banjir
#bantuan kemanusiaan
#sukarelawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan