awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli: Tindakan segera perlu, lindungi kesejahteraan pelajar - Lee

Bernama
Bernama
02/11/2024
06:46 MYT
Buli: Tindakan segera perlu, lindungi kesejahteraan pelajar - Lee
Lee mencadangkan supaya setiap institusi melaksanakan dan menguatkuasakan dasar antibuli yang ketat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ikatan Komuniti Selamat menggesa pendekatan tanpa toleransi terhadap buli dan tindakan segera perlu dilaksanakan bagi menangani isu berkenaan.
Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata penting untuk pihak berkuasa pendidikan, penggubal dasar dan komuniti mengambil langkah segera ke arah menamatkan buli dan memastikan semua pelajar mengikuti pembelajaran dalam persekitaran yang bebas daripada ketakutan.
"Buli tetap menjadi isu berterusan di sekolah, universiti, dan institusi pengajian di seluruh dunia.
"Ikatan Komuniti Selamat percaya bahawa persekitaran pendidikan haruslah menjadi ruang yang selamat dan inklusif supaya pelajar dapat belajar, berkembang dan berjaya tanpa rasa takut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi menangani buli di institusi pengajian, Lee mencadangkan supaya setiap institusi melaksanakan dan menguatkuasakan dasar antibuli yang ketat, yang mentakrifkan dengan jelas maksud buli dan menggariskan akibat daripada tingkah laku tersebut.
"Dasar ini mesti disampaikan dengan jelas kepada semua pelajar, ibu bapa dan kakitangan," katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan mewujudkan saluran selamat dan mudah diakses oleh pelajar untuk melaporkan buli termasuk sistem pelaporan tanpa nama dan kaunselor ditetapkan bagi memberi sokongan kepada mereka yang terjejas sekali gus memastikan siasatan serta penyelesaian pantas terhadap kes dilaporkan.
Selain itu, beliau berkata pihak sekolah perlu menggalakkan murid bersuara, melaporkan buli dan menyokong rakan sebaya mereka sekali gus memupuk budaya saling menghormati dan bertanggungjawab.
"Penyelidikan telah menunjukkan dengan memberi kuasa kepada saksi untuk bertindak ketika mereka menyaksikan buli boleh mengurangkan insiden dengan ketara," katanya.
Strategi lain termasuk program pendidikan dan kesedaran yang menyeluruh, latihan untuk pendidik dan kakitangan, serta kerjasama dengan ibu bapa dan komuniti.
"Menangani buli memerlukan penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti. Pihak sekolah harus melibatkan keluarga melalui bengkel dan sesi maklumat, mendidik mereka tentang cara mengenali tanda-tanda buli dan menyokong anak-anak mereka dalam situasi sukar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buli
#Lee Lam Thye
#bebas daripada ketakutan
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan