awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Heathrow alami peningkatan 10 peratus penumpang transit berikutan perang di Asia Barat
Empat lelaki ditahan cuba seleweng lebih 3,000 liter diesel bersubsidi
'Sebagai bapa, saya maafkan guru berkenaan, selebihnya serah pada polis'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan

Amanz
Amanz
21/05/2024
05:09 MYT
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Kemas kini baharu ini sedang diperkenal secara berperingkat kepada semua dan boleh diakses melalui halaman transaksi pada dompet digital Touch n Go eWallet. - Foto Amanz
TOUCH n Go eWallet kini mengemas kini halaman transaksi pada aplikasi dompet digital berkenaan, mengintegrasikan sokongan untuk melihat perbelanjaan pengguna dengan lebih mudah lagi.
Melalui kemas kini ini, ia memaparkan sebuah carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori, seperti pengangkutan, belanja di kedai dan sebagainya.
Ini juga akan memudahkan lagi pengurusan kewangan anda dan mengurangkan belanja pada sesuatu kategori sekiranya diperlukan.
Selain itu, paparan baharu ini juga turut memperlihatkan wang masuk dan juga keluar akaun pada dompet digital berkenaan.
Pengguna juga diperlihatkan perbelanjaan purata harian pada bahagian tengah carta berkenaan.
Kemas kini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua dan boleh diakses melalui halaman transaksi pada dompet digital Touch n Go eWallet.
Topic Berkaitan
#carta perbelanjaan
#pengurusan kewangan
#touch n go ewallet
#transaksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan