awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cheras, Segamat terus catat IPU tidak sihat

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2023
22:50 MYT
Cheras, Segamat terus catat IPU tidak sihat
Pemandangan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah kabur berikutan keadaan jerebu akibat cuaca panas yang melanda di negara ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Empat kawasan mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) bacaan tidak sihat iaitu Segamat, Johor; Cheras, Kuala Lumpur; Kuala Terengganu, Terengganu dan Seberang Jaya, Pulau Pinang setakat jam 10 malam Ahad.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU Segamat mencatatkan bacaan 153; Cheras, 125, Kuala Terengganu 107 manakala Seberang Jaya, 105.
64 stesen mencatatkan bacaan sederhana, dengan Kota Bharu, Kelantan merekodkan angka tertinggi iaitu 100, diikuti Tanah Merah, 98; Minden Pulau Pinang (92).
IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51 ke 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 ke 300 (sangat tidak sihat) serta 300 dan ke atas (berbahaya).
Topic Berkaitan
#jerebu
#IPU
#bacaan tidak sihat
#APIMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan