awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buah tak terusik, rupanya sudah lima hari meninggal dunia
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Contohi 'budaya semut', perkukuh perpaduan masyarakat Melayu

Astro AWANI
Astro AWANI
03/04/2026
04:03 MYT
Contohi 'budaya semut', perkukuh perpaduan masyarakat Melayu
Mohammad Shatar berkata, perbezaan kecil yang tidak ditangani dengan baik boleh menjejaskan usaha mencapai matlamat yang lebih besar.
Masyarakat Melayu di negara ini disaran mencontohi budaya semut yang mengutamakan kerjasama dan perpaduan dalam mencapai sesuatu matlamat bersama.
Pengerusi Teras Sosial Musyawarah Nasional, Prof. Datuk Mohammad Shatar Sabran, berkata walaupun semut bersaiz kecil, serangga itu mampu mengangkat beban jauh lebih besar hasil semangat bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain.
Beliau berkata, kekuatan sebenar bukan terletak pada fizikal semata-mata, sebaliknya berpunca daripada kesatuan yang utuh dalam kalangan anggota.
"Semut tidak mempersoalkan latar belakang atau perbezaan, sebaliknya fokus kepada matlamat bersama iaitu membawa makanan ke sarang.
"Pendekatan itu wajar dijadikan contoh oleh masyarakat Malaysia dalam usaha memperkukuh perpaduan. Masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam khususnya, perlu mengamalkan nilai tersebut dalam kehidupan seharian," katanya.
Musyawarah Nasional yang diasaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, merupakan usaha bersama untuk mencari titik temu, merumus penyelesaian serta membina konsensus nasional bagi menghadapi pelbagai cabaran semasa yang menyentuh kepentingan agama, masyarakat, ekonomi, pendidikan dan politik orang Melayu.
Selain Mohammad Shatar, Musyawarah Nasional yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Ghani Othman itu turut dibarisi oleh Datuk Prof. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim (Pengerusi Teras Agama), Prof. Zainal Abidin Sanusi (Pengerusi Teras Politik), Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Jamalullail (Pengerusi Teras Ekonomi) dan Datuk Seri Prof. Noor Inayah Ya’akub (Pengerusi Teras Pendidikan).
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), berkata sebelum ini pelbagai agenda negara yang bertujuan memperkasakan agama, bangsa dan negara sering berdepan cabaran akibat perpecahan.
Menurut beliau, perbezaan kecil yang tidak ditangani dengan baik boleh menjejaskan usaha mencapai matlamat yang lebih besar.
Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat Melayu supaya mengetepikan perbezaan dan bersatu dalam menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada semua.
Katanya, banyak contoh di peringkat global membuktikan bahawa kelemahan dan kegagalan sering berpunca daripada perpecahan, bukan kekurangan kekuatan.
"Justeru, mulai 2026 dan seterusnya, masyarakat Melayu perlu mengamalkan 'budaya semut' dengan memperkukuh perpaduan tanpa mengira latar belakang politik atau perbezaan pandangan.
"Masyarakat Melayu perlu mengambil iktibar daripada pengalaman. Hal ini penting supaya matlamat utama dan agenda besar Melayu dan Islam dapat direalisasikan dengan jayanya, sebagaimana kejayaan yang telah dicapai sejak negara mencapai kemerdekaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#perpaduan kaum
#budaya melayu
#Musyawarah Nasional
#Mohammad Shatar Sabran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan