awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hanya 1.7 peratus pesakit kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan pada Selasa

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2021
12:38 MYT
COVID-19: Hanya 1.7 peratus pesakit kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan pada Selasa
358 kes atau 1.7 peratus daripada 20,837 kes harian COVID-19 yang dilaporkan pada Selasa adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. - Gambar fail/KKM
KUALA LUMPUR: Sebanyak 358 kes atau 1.7 peratus daripada 20,837 kes harian COVID-19 yang dilaporkan pada Selasa adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 20,479 kes atau 98.3 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
"Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes, sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 20,837 kes baharu, Sabah melonjak 3,376 kes
Secara keseluruhan, 16,949 kes daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.
- Kategori 2 (gejala ringan): 10,939 kes, 52.5% (81.5% tiada lengkap vaksinasi)
- Kategori 1 (tiada gejala): 9,540 kes, 45.8% (81.1% tiada lengkap vaksinasi) 1.7% kes hari ini berada pd kategori 3-5 dan 98.3% kes pd kategori 1 dan 2. 81.34% kes tiada lengkap vaksinasi. pic.twitter.com/8hnlXOUxK2
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 24, 2021
Kes Baharu Mengikut Kategori Jumlah pesakit bagi tiga kategori iaitu kategori 3, 4 dan 5 adalah 358 bersamaan 1.7% daripada jumlah keseluruhan kes positif baharu iaitu 20,837. Manakala 81.6% daripada jumlah tersebut juga belum divaksin. pic.twitter.com/bJqk0oqWtc
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) August 24, 2021
Sementara itu, sebanyak 211 kes kematian yang dilaporkan pada Selasa melibatkan 41 kes di Johor, 36 kes di Selangor, 32 kes di Kedah, 23 kes di Pulau Pinang, 17 kes di Sabah, 16 kes di Perak, 12 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan kes di Pahang dan lima kes di Terengganu,
Selain, itu, masing-masing tiga kes di Kelantan dan Melaka, serta masing-masing dua kes di Sarawak dan Perlis.
Ringkasan kes kematian baharu #COVID19, 24 Ogos 2021. 211 kes kematian dilaporkan dan 40 daripadanya adalah Brought-In-Dead. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. pic.twitter.com/U1cLNpDeYp
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) August 24, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#jangkitan
#kes positif
#KKM
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan