awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Individu perlu tunjuk keputusan ujian negatif sebelum masuk Labuan

Bernama
Bernama
07/12/2020
20:06 MYT
COVID-19: Individu perlu tunjuk keputusan ujian negatif sebelum masuk Labuan
Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi syarat kemasukan ke Labuan adalah berdasarkan analisis risiko oleh Jabatan Kesihatan Labuan dan KKM.
LABUAN:Semua individu masuk termasuk penjawat awam dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang masuk ke Labuan menerusi laluan udara atau laut perlu menjalani saringan COVID-19 di tempat asal, tiga hari sebelum tiba di pulau bebas cukai itu.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah berkata mereka perlu mendapatkan keputusan negatif dan berdaftar dengan aplikasi MySejahtera di tempat berlepas dan ketibaan.
"Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi syarat kemasukan ke Labuan adalah berdasarkan analisis risiko oleh Jabatan Kesihatan Labuan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Menurutnya, mereka yang gagal menjalani saringan sebelum tiba di pintu masuk Labuan - Lapangan Terbang Labuan dan dua terminal feri - perlu menjalani calitan ujian COVID-19 dan akan dikenakan kuarantin sehingga keputusan dikeluarkan.
"Bagaimanapun, individu yang datang ke Labuan tidak perlu memohon permit daripada polis mulai hari ini memandangkan pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih diteruskan.
"Tetapi individu dengan sejarah perjalanan ke luar negara perlu mengemukakan perintah pelepasan oleh KKM dan diuji negatif COVID-19 sebelum dibenar masuk ke pulau itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOP
#KKM
#Labuan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#COVID-19
#PKPP
#penjawat awam
#Kementerian Kesihatan
#Nurzalizah Kartika Abdullah
#perintah pelepasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan