awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lawas kini zon hijau, tiada pertambahan kes positif di Sarawak

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
11/10/2020
09:06 MYT
COVID-19: Lawas kini zon hijau, tiada pertambahan kes positif di Sarawak
Sarawak hari ini tidak mencatatkan pertambahan kes positif COVID-19.
KUALA LUMPUR:Daerah Lawas kini diisytihar sebagai zon hijau COVID-19 selepas tidak merekodkan kes jangkitan tempatan baharu dalam tempoh 14 hari.
Bagaimanapun empat daerah lain iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Lubok Antu masih diisytiharkan sebagai zon kuning, menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad.
Selain itu, Sarawak juga tidak mencatatkan pertambahan kes positif COVID-19 hari ini, menjadikan angka keseluruhan kes kekal sebanyak 751 kes setakat ini.
“Tiada kes baharu pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini kekal 685 kes atau 91.21 peratus,” kata kenyataan itu.
Sebanyak 47 kes positif COVID-19 di negeri itu masih menerima rawatan di hospital melibatkan 28 kes di Hospital Umum Sarawak (HUS), Hospital Miri (lapan kes), Hospital Bintulu (tujuh kes) dan Hospital Sibu (empat kes).
“Hari ini terdapat dua kes Person Under Investigation (PUI) dilaporkan manakala tiada kes PUI yang dilapor menunggu keputusan ujian makmal,” tambah kenyataan sama.
Kenyataan sama juga menambah, dua kluster di Sarawak iaitu Kluster Bah Arnab di Kuching dan Kluster Putra masih aktif setakat ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Lawas
#Sarawak
#zon hijau
#zon kuning
#Kuching
#Sibu
#Bintulu
#Lubok Antu
#JPBN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan