awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pusat Kawalan Bersepadu di Wilayah Tengah ditubuhkan - Dr Noor Hisham

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
18/11/2020
11:43 MYT
COVID-19: Pusat Kawalan Bersepadu di Wilayah Tengah ditubuhkan - Dr Noor Hisham
Pusat kawalan bersepadu itu secara tidak langsung dapat membantu melancarkan pengurusan wabak COVID-19 di kawasan berkenaan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Selain menambah katil di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan menubuhkan Pusat Kawalan Bersepadu COVID-19 di Wilayah Tengah bagi membantu melancarkan pengurusan dan pengoperasian semua hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Lembah Klang.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pusat kawalan bersepadu itu secara tidak langsung dapat membantu melancarkan pengurusan wabak COVID-19 di kawasan berkenaan.
"Pusat kawalan ini akan diketuai Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dan akan dibantu Pakar Perubatan Kecemasan dari Hospital Sungai Buloh (HSgB), Dr Sarah Shaikh Abdul Karim sebagai timbalannya," katanya pada sidang media harian COVID-19 pada Rabu.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata, Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak masih diteruskan, biarpun negara sedang berdepan dengan gelombang ketiga COVID-19.
Katanya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan di negara ini, program itu dijalankan dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Ia mengambil kira kepentingan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak dalam mencegah penyakit cegahan vaksin. Bagaimanapun, sehingga Jun lalu, liputan imunisasi suntikan vaksin polio yang diberi secara vaksin kombinasi lima serangkai adalah 95.6 peratus, berbanding 98.4 peratus tahun lalu.
"Terdapat gangguan dalam pengambilan imunisasi susulan PKP dan kerisauan ibu bapa dengan pendedahan kepada jangkitan COVID-19 semasa membawa anak mereka keluar," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status program imunisasi termasuk terhadap polio dan demam campak dalam negara ketika Malaysia berdepan dengan penularan COVID-19, ketika ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Pusat Kawalan Bersepadu COVID-19
#Wilayah Tengah
#pengurusan wabak
#kerjasama agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan