awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan ibu 'buang anak', polis sahkan kanak-kanak perempuan tidak diabai

Bernama
Bernama
18/07/2023
10:42 MYT
Dakwaan ibu 'buang anak', polis sahkan kanak-kanak perempuan tidak diabai
Mohd Sohaimi berkata kanak-kanak itu kini berada di pusat jagaan kanak-kanak terbabit dan kes diklasifikasikan rujuk lain-lain agensi JKM. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan tiada sebarang elemen pengabaian, penderaan atau gangguan seksual membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa 'dibuang' ibunya berikutan berkahwin baharu seperti tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya telah menerima laporan daripada seorang pengurus taska di kawasan Taman Scientex, Pasir Gudang yang hadir ke Balai Polis Taman Scientex bagi menghantar kanak-kanak itu ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada Sabtu lepas.
Beliau berkata kanak-kanak terbabit pergi ke rumah wanita berusia 42 tahun itu sebelum dia dihantar ke balai polis berikutan ibu kanak-kanak tersebut didakwa tidak sanggup menjaga anaknya yang dikatakan pernah lari dari rumah.
"Dua hari lepas, ibu kanak-kanak itu yang berusia 38 tahun turut membuat laporan polis menyatakan dia dengan rela hati menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kanak-kanak perempuan itu kerana kekangan hidup.
"Hasil siasatan mendapati wanita terbabit mempunyai masalah kemurungan dan sedang mendapatkan rawatan bulanan di Hospital Permai di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Sohaimi berkata kanak-kanak itu kini berada di pusat jagaan kanak-kanak terbabit dan kes diklasifikasikan rujuk lain-lain agensi JKM.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buang anak
#polis Seri Alam
#kahwin baharu
#pusat jagaan kanak-kanak
#Kemurungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan