awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan wujud 'Blok Borneo' tidak berasas, naratif perlu diperbetulkan - Hajiji

Reuters
Reuters
05/03/2026
07:30 MYT
Dakwaan wujud 'Blok Borneo' tidak berasas, naratif perlu diperbetulkan - Hajiji
Hajiji berkata tidak wujud istilah atau entiti sedemikian kerana Sabah dan Sarawak kekal sebagai sebahagian dari Malaysia. - Gambar/ Bernama
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa dakwaan wujudnya ‘blok Borneo’ seperti yang dibangkitkan beberapa pemimpin politik baru-baru ini, adalah tidak berasas.
Beliau berkata tidak wujud istilah atau entiti sedemikian kerana Sabah dan Sarawak kekal sebagai sebahagian dari Malaysia.
“Kita ini dalam satu negara, perlu ada kerjasama semua pihak iaitu negeri dan Persekutuan untuk mencemerlangkan lagi negara kita Malaysia.
“Kalau pandangan saya, tidak ada blok Borneo ini. Siapa yang wujudkan blok Borneo? tidak ada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan progam Inisiatif Bantuan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA) di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu, di sini hari ini.
Hajiji berkata naratif itu perlu diperbetulkan kerana pendekatan yang memisahkan negeri-negeri melalui label tertentu boleh mengelirukan rakyat.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pemimpin politik mendakwa Sabah dan Sarawak sudah mempunyai pengaruh politik kukuh dalam Malaysia dan kini cuba mempertingkatkannya lagi melalui cadangan blok Borneo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Blok Borneo
#Hajiji
#Sabah
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan