awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran Iran boleh dilumpuhkan dalam satu malam jika ingkar perjanjian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dapatkan ujian dan rawatan HIV/AIDS - Dr Hilmi

Bernama
Bernama
11/05/2016
00:22 MYT
Dapatkan ujian dan rawatan HIV/AIDS - Dr Hilmi
Beliau berkata kes jangkitan baharu HIV menurun sebanyak 50 peratus berbanding 2002.
Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) melancarkan kempen kesedaran awam terbaharunya mengenai HIV dan AIDS sebagai sebahagian daripada Pelan Strategik Kebangsaan bagi Menghapuskan AIDS 2016-2030.
Kempen itu bertemakan 'Ending AIDS Begins Now' (Menghapuskan AIDS Bermula Sekarang).
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sejak kes pertama HIV/AIDS dikesan di Malaysia pada 1986, terdapat 17,916 kematian daripada 108,519 kes yang dilaporkan berkaitan penyakit itu dengan kira-kira 90,603 orang masih menghidapnya.
"Daripada 90,603 pesakit, hanya 30 peratus mendapatkan rawatan perubatan secara tekal untuk meneruskan kehidupan mereka. Kami menggesa mereka yang lain juga supaya turut berbuat demikian," katanya pada sidang berita selepas pelancaran kempen itu di sini, pada Selasa.
Beliau berkata kes jangkitan baharu HIV menurun sebanyak 50 peratus berbanding 2002 dan terdapat pengurangan ketara kematian berkaitan AIDS iaitu sebanyak 28 peratus sejak 2002.
Terdahulu, MAF menerima sumbangan RM100,000 daripada Kingsmen, iaitu kumpulan tokoh korporat dan usahawan yang menyokong program penjagaan, sokongan dan rawatan HIV berimpak tinggi yayasan itu.
Topic Berkaitan
#Hilmi Yahaya
#Kementerian Kesihatan
#MAF
#Majlis AIDS
#Yayasan Aids
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan