Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai dakwaan berlakunya insiden dentuman kuat di sekitar Ipoh, Kampar, Tapah dan Teluk Intan awal pagi tadi. - BERNAMA
IPOH: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai dakwaan berlakunya insiden dentuman kuat di sekitar Ipoh, Kampar, Tapah dan Teluk Intan awal pagi tadi.
Ringkasan AI
- Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak tidak terima aduan mengenai insiden dentuman kuat di Ipoh, Kampar, Tapah, dan Teluk Intan awal pagi tadi; tiada aktiviti seismik yang disahkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
- Dakwaan bunyi letupan bukan disebabkan oleh aktiviti kuari kerana waktu peletupan terhad di antara 12 tengah hari hingga 5 petang; polis Ipoh masih menyiasat dakwaan tersebut.
- Sejak 2012, beberapa kejadian letupan misteri di Ipoh telah berlaku tanpa punca yang pasti; pihak berkenaan pastikan bukan disebabkan oleh aktiviti kuari atau ujian bom daripada kapal terbang jet.
Nizarulikram berkata dakwaan dentuman itu juga bukan berpunca daripada aktiviti kuari kerana aktiviti peletupan hanya boleh dilakukan antara 12 tengah hari hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya masih menyemak dakwaan bunyi letupan tersebut seperti yang tular di media sosial sejak awal pagi tadi dan akan memaklumkan sekiranya terdapat aduan daripada mana-mana pihak.
Pada 18 Jun 2025, bunyi letupan dan gegaran didakwa berlaku di beberapa kawasan di sekitar Ipoh namun sehingga kini puncanya masih belum diketahui.
Pada 21 Okt 2024 , satu gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan di sekitar bandar raya itu antaranya di Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim, Manjoi, Chemor dan Sungai Siput pada 11.06 pagi yang disusuli dengan bunyi dentuman kuat.
Letupan misteri di Ipoh juga pernah berlaku pada 2012 dan 2018, dan telah dipastikan bukan akibat letupan aktiviti kuari atau ujian bom daripada kapal terbang jet.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


