awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi direman bantu siasatan kes rasuah RM29 juta babit syarikat penghantaran

Bernama
Bernama
11/03/2022
06:58 MYT
Dua lagi direman bantu siasatan kes rasuah RM29 juta babit syarikat penghantaran
Mereka disyaki menerima rasuah daripada syarikat penghantaran antara 2019 hingga 2021 melibatkan nilai projek kira-kira RM29 juta. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang penolong pengurus operasi dan bekas pengurus bahagian kontrak sebuah syarikat penghantaran direman lima hari hingga 15 Mac ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kedua-dua suspek berumur 54 dan 47 tahun itu, ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.
Sumber SPRM berkata mereka disyaki menerima rasuah daripada syarikat penghantaran antara 2019 hingga 2021 sebagai balasan membantu mendapatkan kerja-kerja penyediaan perkhidmatan pengangkutan syarikat terbabit melibatkan nilai projek kira-kira RM29 juta.
"Kegiatan itu dipercayai dilakukan bersama seorang lagi suspek berumur 43 tahun yang merupakan ketua perancang bahagian di syarikat penghantaran dan telah direman enam hari pada 8 Mac lepas.
"Siasatan terhadap mereka dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009," menurut sumber SPRM.
Perintah reman terhadap kedua-dua suspek itu, dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas Pegawai Pendakwa SPRM Siti Zaharah Alias mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#suspek direman
#Rasuah
#pengurus syarikat penghantaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan