awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan

Sinar Harian
Sinar Harian
28/10/2024
03:10 MYT
Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan
Dua penuntut Polisas maut selepas motosikal yang ditunggangi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di Jalan Pintasan Kuantan berdekatan Loji Rawatan Air Semambu di Kuantan pagi ini. - Foto Polis Trafik Kuantan/Sinar Harian
KUANTAN: Dua penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) maut selepas motosikal yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di Jalan Pintasan Kuantan berdekatan Loji Rawatan Air Semambu di sini, pagi ini.
Penunggang motosikal, Muhamad Nor Iman Mahadi yang beralamat di Kampung Tanjong Chat, Kota Bharu Kelantan dan pembonceng, Muhammad Adib Suhail Jaeh, dari Taman Pulai Indah, Johor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dari arah Kuantan menghala ke arah Taman Dato Rashid.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke atas jalan raya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya hari ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penuntut Polisas maut
#Kuantan
#penunggang motosikal maut
#motosikal hilang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan