awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua peserta triatlon masih dalam rawatan di Hospital Sultanah Maliha

Bernama
Bernama
08/10/2023
10:19 MYT
Dua peserta triatlon masih dalam rawatan di Hospital Sultanah Maliha
Kes pertama melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dipercayai ketika melakukan disiplin renang pada kejohanan berkenaan. - Gambar fail/PDRM
LANGKAWI: Dua peserta kejohanan triatlon, Ironman yang berlangsung di Langkawi semalam masih dirawat di Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini.
Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Othman Warijo berkata kes pertama melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dipercayai ketika melakukan disiplin renang pada kejohanan berkenaan.
"Wanita itu belum sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam keadaan kritikal, bagaimanapun dakwaan bahawa dia telah meninggal dunia tidak benar sama sekali.
"Kes kedua pula melibatkan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri dipercayai ketika melakukan disiplin larian. Dia kini berada dalam ICU tetapi keadaannya stabil dan tidak lagi kritikal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan seorang peserta wanita dikejarkan ke HSM kerana disyaki mengalami keletihan semasa melakukan disiplin renang dalam satu kejohanan triatlon yang berlangsung semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata wanita berusia 44 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu telah dibawa ke hospital menaiki ambulans.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menaiki ambulans
#kejohanan triatlon
#disiplin larian
#Ironman
#lemas
#peserta wanita
#Hospital Sultanah Maliha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan