awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IGB Berhad terima kelulusan Kementerian Ekonomi bagi pengambilalihan dua lot tanah bernilai RM215 juta di Johor
Warga emas maut tertimbus tanah runtuh di belakang hotel Sandakan
Thailand arah penjawat awam bekerja dari rumah bagi kurangkan penggunaan tenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Iran gesa negara Islam bersatu hadapi ancaman Israel

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
02/03/2026
08:10 MYT
Duta Iran gesa negara Islam bersatu hadapi ancaman Israel
Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi ketika temu bual ekslusif bersama Astro AWANI hari ini. - Gambar/ Astro AWANI.
Iran menegaskan bahawa negara‑negara Islam, termasuk Malaysia, perlu memperkukuh kesatuan umat sebagai langkah menghadapi sebarang ancaman atau tindakan ketenteraan Israel di masa hadapan.
Dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI, Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi, berkata perpaduan dunia Islam adalah kunci utama bagi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara‑negara Muslim.
Ketika ditanya sama ada rakyat Malaysia perlu bersiap sedia sekiranya konflik Israel–Iran merebak, Mohammadi menegaskan perkara paling penting ketika ini ialah mengembalikan penyatuan negara‑negara Islam yang menurutnya semakin longgar sejak beberapa tahun lalu.
“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia. Kita ini negara Muslim. Dan Israel, sejak dahulu, sering menyerang negara‑negara Islam,” katanya.
Menurut Mohammadi, penubuhan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dahulu bertujuan menyatukan negara‑negara Islam dalam menghadapi ancaman Israel. Namun, beliau mengakui dunia Islam kini berdepan masalah besar iaitu perpecahan.
“Beberapa tahun lalu, pemimpin kita menubuhkan OIC untuk menentang Israel dan menyatukan negara‑negara Islam. Hari ini, kita perlukan semula kesatuan itu. Negara‑negara Muslim mesti bersatu menghadapi musuh yang sama.
“Semua negara Islam ada satu musuh iaitu Israel," jelasnya.
Mohammadi menegaskan bahawa semua negara Islam perlu melihat Israel sebagai ancaman bersama kerana tindakan ketenteraan Israel sering menjadikan negara‑negara Muslim sebagai sasaran.
“Jika Israel tahu bahawa semua negara Muslim bersatu, mereka tidak akan berani menyerang mana‑mana negara sama ada Iraq, Lubnan, Arab Saudi atau Iran.
"Kita boleh lakukan apa sahaja. Kita ada sumber, kita ada ilmu, kita ada generasi yang baik. Jika bersatu, dunia Islam boleh menjadi kuasa besar dunia,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Valiollah Mohammadi Nasrabadi
#operation epic fury
#Pangkalan Tentera AS Diserang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan