awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kru bot Jabatan Perikanan ditemukan selamat di perairan Indonesia

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
01/03/2023
08:48 MYT
Empat kru bot Jabatan Perikanan ditemukan selamat di perairan Indonesia
Mereka ditemukan di perairan indonesia oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada jarak 13 batu nautika dari lokasi terakhir mereka dikesan. - Foto Maritim Malaysia
JOHOR BAHRU: Empat kru yang bersama bot Jabatan Perikanan Bernombor Pl87 yang hilang ketika dalam perjalanan ke Pangkalan Tampoi dari Pengerang, pada petang Selasa ditemukan selamat pada jam 1.45 petang pada Rabu.
Mereka ditemukan di perairan Indonesia oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada jarak 13 batu nautika dari lokasi terakhir mereka dikesan, berdekatan Pulau Kepala Jerih, Indonesia.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot yang dinaiki kru terbabit mengalami kerosakan bateri menyebabkan ianya hanyut dan tidak dapat berhubung.
Bot tersebut akan dibawa pulang selepas dibaiki dan mendapat bantuan dari pihak berkuasa Indonesia untuk mengirigi perjalanan hingga ke sempadan. - Foto Maritim Malaysia
Bot tersebut akan dibawa pulang selepas dibaiki dan mendapat bantuan dari pihak berkuasa Indonesia untuk mengirigi perjalanan hingga ke sempadan. - Foto Maritim Malaysia
Katanya, bagaimanapun semua kru iaitu Fatimah Razak, 36, Zaharin Baharudin, 37, Halim Sanip, 52, dan Marzuki Jusuh, 53, berada dalam keadaan selamat.
"Alhamdulillah kita kita sedang proses membawa pulang bot Pl87 dan kita jangka urusan penghantaran pulang diselesaikan hari ini juga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Jeti Sungai Pulaidi sini hari ini.
Nurul Hizam berkata pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan penyelamat di Indonesia dan Singapura yang turut bersama dalam operasi mencari dan menyelamat.
Katanya lagi, bot tersebut akan dibawa pulang selepas dibaiki dan mendapat bantuan dari pihak berkuasa Indonesia untuk mengirigi perjalanan hingga ke sempadan.
Pada Selasa, bot tersebut tidak dapat dihubungi dan gagal dikesan setelah berlepas dari Tanjung Pengelih, Pengerang kira-kira 12.45 tengah hari.
Sepatutnya bot itu tiba di Pangkalan Tampoi, Johor jam 6.30 petang, pada hari yang sama.
Topic Berkaitan
#kru Jabatan Perikanan
#Pangkalan Tampoi
#ditemui selamat
#perairan Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan