awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lagi penjawat awam ditahan kes rasuah sindiket penyeludupan di sempadan negara

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/03/2024
12:38 MYT
Empat lagi penjawat awam ditahan kes rasuah sindiket penyeludupan di sempadan negara
Mohamad Zamri ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman empat suspek tersebut. - Gambar SPRM
PUTRAJAYA: Empat lagi penjawat awam ditahan kerana disyaki terbabit rasuah sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu sempadan negara.
Mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan rasuah lebih RM5 juta di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.
Ini menjadikan kesemua lapan penjawat awam ditahan berhubung kes itu setakat Rabu.
Kesemua suspek yang berusia antara 30-an dan 50-an itu kini ditahan reman tiga hari sehingga Jumaat.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini, pada Rabu.
Menurut sumber, kesemua suspek itu dipercayai menjadi perantara sindiket terbabit untuk membayar wang rasuah kepada penjawat awam di sebuah agensi penguat kuasa bagi memudahkan urusan penyeludupan.
"Wang rasuah daripada sindiket ini dimasukkan ke dalam akaun mereka dan kemudian dipindahkan ke akaun beberapa penjawat awam yang terbabit," katanya.
Reman terhadap suspek ini adalah susulan operasi khas yang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Isnin lalu di mana seramai lapan individu telah ditahan dan empat daripadanya telah direman semalam.
Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman empat suspek tersebut.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#pengubahan wang haram
#penjawat awam
#ditahan reman
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan