awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat mangsa bot candat sotong terbalik di Pulau Rebak ditemui selamat

Bernama
Bernama
30/01/2026
09:45 MYT
Empat mangsa bot candat sotong terbalik di Pulau Rebak ditemui selamat
Kesemua mangsa dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemeriksaan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. - Gambar/ APMM
ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan empat lelaki selepas bot mencandat sotong yang mereka naiki terbalik di perairan Pulau Rebak dekat Langkawi, awal pagi tadi.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira 5.05 pagi.
"Sebaik menerima panggilan, Bot Penggalang 11 telah digerakkan ke lokasi dan operasi mencari dan menyelamat empat lelaki tempatan yang kesemuanya berusia 18 tahun itu dimulakan.
"Mangsa berjaya ditemui pada 6.10 pagi dalam keadaan selamat selepas mereka berpaut pada pelampung sementara menunggu bantuan tiba," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemeriksaan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.30 pagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Langkawi
#bot terbalik
#bot candat sotong
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan