awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buah tak terusik, rupanya sudah lima hari meninggal dunia
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut, 17 cedera dalam letupan lori tangki di lebuh raya Chile

Astro AWANI
Astro AWANI
22/02/2026
05:26 MYT
Empat maut, 17 cedera dalam letupan lori tangki di lebuh raya Chile
Impak letupan dirasai sejauh 150 hingga 200 meter, sementara sebahagian mangsa mengalami lecur serius antara 50 hingga 100 peratus. -Foto Reuters
Sekurang-kurangnya empat individu maut manakala 17 lagi cedera selepas sebuah lori tangki yang membawa gas cecair terbalik dan meletup di lebuh raya utama dalam komun Renca, Santiago pada Sabtu.
Letupan kuat itu turut merosakkan lebih 50 kenderaan di sekitar lokasi.
Menurut pihak berkuasa, pemandu lori tangki berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan dipandunya terbalik dan meletup.
Impak letupan dirasai sejauh 150 hingga 200 meter, sementara sebahagian mangsa mengalami lecur serius antara 50 hingga 100 peratus.
Pemandu lori turut disahkan antara mangsa yang terkorban.
Rakaman tular di media sosial memaparkan kepulan asap tebal dan serpihan kenderaan memenuhi kawasan lebuh raya, menyukarkan operasi menyelamat pada peringkat awal.
Pasukan bomba dan polis menjalankan operasi besar-besaran bagi mengawal api serta menutup laluan trafik berikutan risiko letupan susulan.
Pihak pendakwa raya telah memulakan siasatan bagi menentukan punca sebenar kejadian, termasuk kemungkinan kegagalan mekanikal atau masalah pada muatan gas.
Topic Berkaitan
#Santiago
#Chile
#letupan gas
#lori tangki
#Renca
#lori hilang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan